Harap Atuk dan Nenek sihat walaupun Along, Ain n Apit tau Atuk tak berapa sihat sekarang ni.
Kat Malaysia sekarang ni tengah cuti sekolah Chinese New Year kan? Kalau kat Malaysia, time cuti panjang macam ni mesti Ayah dan Ibu bawa kita pegi cuti-cuti Malaysia...ke Penang, Kelantan n Terengganu, Cameron Highlands, Bukit Merah, Kuantan rumah Pak Lang, Melaka dan mana-mana la tempat menarik kat Malaysia. Tak pun, Ayah Ibu bawa Along, Ain dan Apit balik kampung je...Port Dickson atau pun Rembau. Kita seronok balik kampung. Kalau balik PD, mesti Atuk dan Nenek bawa kita breakfast roti canai kat tempat favourite Atuk Nenek - kedai Motai. Dah jadi tempat makan favourite (Apit kata 'shebet')Along, Ain, Apit dan Ayah Ibu gak. Roti canai dia best giler...sedap dan garing, Along mesti tak cukup satu hi hi. Kedai dia kat tepi pantai, best dapat tengok laut dan angin tiup kuat. Lepas makan roti canai Motai, kita selalu jalan-jalan kat tepi pantai tu, kadang-kadang mandi laut terus. Best..
Ibu kata Atuk dimasukkan ke wad hospital PD dari hari Ahad lagi, sebab kencing manis. Orang putih kata diabetes. Kesian Atuk. Kaki Atuk yang sakit hari tu makin teruk...ada nanah, darah dan berair. Ibu suruh kita doa supaya Atuk cepat sembuh. Along, Ain dan Apit serta Ayah Ibu selalu doakan untuk Atuk. Atuk tak kasi bagi tau kita kat Dubai dan Pakcik Amam n family kat Holland sebab takut kita risau. Tapi Mak Ngah selalu updatekan tentang perkembangan kesihatan Atuk kat Ibu thru sms, Atuk dan Nenek tak tau. Mak Ngah kata 2 hari lepas Atuk nampak dah segar balik lepas Doktor cuci kaki Atuk. Makan minum pun terkawal. Paras gula Atuk pun dah turun sebab Doktor dah suntik insulin 3 kali sehari. Ain tanya insulin tu apa? Insulin tu ubat la nak turunkan kadar gula dalam darah, eh betul ke? Nanti la Along google tentang insulin.
Semalam Mak Ngah sms bagi tau Atuk curi-curi makan kuih manis. Ooo Atuk naughty ehh...Doktor tak kasi makan manis Atuk makan lak. So, gula dalam darah Atuk dah naik balik dari 7 ke 16, Mak Ngah cakap. Doktor kata Atuk bila-bila masa je akan di bawa ke hospital Seremban. Atuk dah mula risau, Nenek pun susah hati. Takpa la Tuk, kat hospital besar tu kan lagi ramai doktor pakar boleh ubatkan Atuk. Nanti Atuk lagi cepat sembuh insyaAllah, Atuk jangan risau ya.
Subuh tadi, Mak Long pula sms kat Ibu kata Atuk akan dihantar ke Hospital Besar Seremban (Hospital Tuanku Jaafar) pagi ni. Mak Long suruh bagi moral support kat Atuk sebab Atuk risau sangat-sangat. Ibu pun risau. Semalam Ibu ada sms Atuk tanya kabar, baru la Atuk cakap kaki Atuk dah teruk. Pagi ni Ibu nak call Atuk tapi tak jadi sebab Ibu takut nanti Ibu meleleh. Along, Ain n Apit tak pandai nak pujuk kalau Ibu nangis. Kalau Ayah ada, Ayah boleh pujuk Ibu tapi Ayah kat Egypt lak sekarang ni. Lepas 2 hari kat Iran, Ayah terus terbang ke Egypt. Ayah cuma sempat balik sekejap je semalam untuk makan tengahari dengan Ibu n Apit (Along dengan Ain kat sekolah masa tu) sebab flight Mahan Air yang Ayah naik dari Tehran tu transit kat Dubai. Along, Ain n Apit kena faham, Ayah ada tugas. Nanti la Along, Ain n Apit cakap kat bos Jepun Ayah - Tanikawa tu jangan la bagi Ayah kerap sangat outstation. Kalau ada emergency kan susah. Tapi Ibu selalu update tentang keadaan Atuk kat Ayah thru sms kalau siang, kalau malam YM macam biasa.
Ok la Atuk, dah panjang ni. Atuk jangan risau sangat ya. Kat hospital besar tu lagi ramai doktor pakar, insyaAllah Atuk akan cepat sembuh nanti. Tahun ni Ayah Ibu kata kita balik raya kat Malaysia. Eee kita rasa tak sabar...Bila kita balik kampung bulan 9 nanti, Along, Ain n Apit gembira kalau tengok Atuk sihat macam sebelum ni. Nanti kita makan roti canai kat kedai Motai lagi ya Tuk. Kirim salam kat Nenek, Nenek pun jangan susah hati sangat. Kita selalu doa Atuk Nenek sihat. Sampai jumpa lagi...
Salam sayang dari cucu-cucu yang jauh di mata,
Along, Ain dan Apit
Dubai, UAE.
7 comments:
salamm ziela..didoakan semoga Atuk cepat sembuh
jgn sedih2 mak uda. t.care. kim slm kat dorg. dh lame tk kelentong ain lg he.he..itik rndu kt ain
Be strong Ziela...your doa will always surround him.
By the way, I baca blog my friend Sek Seri Puteri dulu..rupa2nye kawan sama course dgn Jobe masa kat PPP dulu. Haniza Zainal Abidin..now kat California kawin dgn mat salleh..baru je bersalin anak sulung.
Take care...
smg atuknye cepat sembuh...
Salaam Ziela, Our Dua'a for atuk's fast recovery.
Danash: Thanks Naza for the well wishes. Hope my father will recover soon.
Husna: Hi Husna, good to hear from you again! Thanks for the thought.
I think my husband used to tell me about her. Dia ada facebook kan?
Ummiafifah: Terima kasih banyak ya kerana sudi mendoakan my father.
Jeda: Thanks for the du'a. Hope he'll recover very soon.
Assalamualaikum Miss Anonymous, ni Along Qurratu ke Kakak (Farhana)?Eleh...malu-malu lak nama reveal nama yg glamour tu...hi hi. Rasanya Along Qurratu ni kan...
Of course la sedih gak, klu kat Bangi dulu mesti almost everyday ktrg boleh lawat Atuk Salih. Ni dah jauh ni apakan daya, kirim doa banyak2 dan surat cyber je la. Tell your Mom, thanks for the update. All the best in your studies in that new field!
Post a Comment