Wednesday, August 06, 2008

6.8.08 (Wednesday) - Pantun BURJ AL ARAB

Burj Al Arab nama diberi,

Mercu tanda kemegahan Dubai UAE,

Sekali melihat terpaut hati,

Suatu hari nanti pastikan ku duduki.

Dari jauh ku lihat kapal,

Kapal layar bertiang besi,

Di atas pulau ia terhampar,

Sekali melihat pasti nak lagi.

Kelip-kelip kusangka api,

Nampak berbalam cahaya menyinar,

Hajat di hati ingin dekati,

Keindahan Burj Al Arab kian terpancar.

Duduk bersantap di bilik mewah,

Sesudah penat berrekreasi,

Siapa tahu adanya tuah,

Dapat bermain tenis dengan Andre Agassi.

AED 4000 kadar sehari,

Mampukah diri menggapai hajat,

Burj Al Arab syurga duniawi,

Igauan semua mata melihat.

Aaarrgghhh...mahalnya...tak mampu! Pasang angan-angan dulu...

For more info on Burj Al Arab, click here.

Dialog Burj Al Arab :

"Teacher, nanti teacher ambil gambar kat Burj Al-Arab, hantar kat kitorang ya," one my students said weeks before I left for Dubai. She was so excited that Dubai was the place I'd be going to live soon. She seemed to know quite a lot about Dubai and Burj Al-Arab but luck wasn't with her yet to be here in Dubai.

So girl, here are some fascinating pics of Burj Al-Arab...enjoy the sight-seeing. Can you see Teacher posing in those pics? No, you can't? Oooo...teacher was invisible that day la...he he he

6 comments:

naza said...

Bravo ...Bravo...Bravo..Cikgu B.I buat pantun. 100% approved...

domestic engineer said...

Ha ha ha syukran, syukran...

Dulu juara pantun peringkat Rombau 3 tahun berturut2, peringkat Pokdeksen (PD) 3 tahun berturut2...tapi kategori bawah umur la...ha ha ha

Wiz said...

Ziela, tak leh ke gi sana lepak2 kat lobby jer?

domestic engineer said...

Donno la Wiz. Belum penah try. Nanti I try I kasi tau you. Pastu you datang Dubai, booking Burj Al Arab. Bule I datang tengok bilik dia, free of charge...hi hi hi!

mother of two said...

nak masuk dlm pungg kena bayau dhs200. tu zaman tv hitam putih..nie zaman tv kaler nie tak taula brapa.

sedap sungguh pantun mu itu..
saya kasik 10 bintang...:)

domestic engineer said...

Laa...lagu tu ke? Kalau dhs 200 tuh bule beli grocery untuk seminggu setengah kat Carrefour Deira. Hish...takpa la. Tengok dari luar je la sambil mengarang pantun...

Shiela, tq he he he.