Ini bukan sebarang sup ekor tapi sup ekor Chef Wan tau. Kalau jadi, this would be the second time I make ox tail soup...in my life. The first time I made, the recipe was taken from a recipe book. Hubby kata ok tapi I rasa macam kureeng sikit so, nak try sup ekor Chef Wan ni pulak. Dengar namanya aje dah boleh rasa macam sedap. Lebih-lebih lagi bila kawan dah tempek dalam blog dia so, mesti sedap punya. Dari hari tu lagi nak buat sup ekor ni asyik tak jadi je. Ekor tu dah beberapa kali keluar peti ais, pastu masukkan balik sebab tak jadi buat. Kalau ekor lembu tu tau merajuk, dah lama dia merajuk. 3 hari lepas dah semangat nak buat, sekali lada hitam n ketumbar lak takda. Nak turun kedai kat bawah tu malas la pulak. Esoknya dah beli lada hitam n ketumbar, skali tengok kentang n karot lak takda...ish ish..nak kena turun ke kedai lagi...alahai..Last-last ekor tu masuk balik dalam peti ais. Semalam bahan-bahan semua dah ada, dah ready nak buat, pastu baru teringat hubby ada budget meeting. Everyday terpaksa balik lewat malam nearly 12 sampai hari ni. So, hubby takda tak jadi lagi la nak masak sup ekor sebab takkan nak bagi Along, Ain n Apit lak makan sup ekor. Tak elok...sebab orang kata sup ekor ni aphrodisiac. Tapi sebab dah teringin nak makan tapi tak jadi-jadi juga buat disebabkan pelbagai alasan yang boleh dielakkan (sebenarnya penyakit M dah datang!) so, I just put the recipe here which is taken from a friend's fp. Thank you Nor! Moga-moga dengan adanya resepi kat sini, tiba-tiba boleh datang balik semangat tu... Resepi
Bahan-bahan
125 ml / 1/2 cawan minyak sayuran 500 gram ekor, dibersihkan dan di potong-potong 2 sudu besar ketumbar serbuk 1 sudu besar jintan putih/halus serbuk 1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk 1 1/2 sudu besar tomato puri 1.5 liter/ 6 cawan air 1 batang lobak merah, dikupas dan didadu 1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu 2 batang saderi, didadu Garam lada hitam yg baru dikisar daun ketumbar, dihiris-hiris Bawang goreng
Rempah Tumis
4 biji buah pelaga 1 cm kulit kayu manis 6 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang
Dikisar halus-halus
10 ulas bawang merah, dikupas 4 ulas bawang putih, dikupas 2 batang serai, dihiris halus-halus 1 cm halia, dikupas
Cara
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat dan toskan 2.Didalam minyak yang sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya. 3. Tambah ketumbar,jintan manis/halus,dan jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campurkan tomato puri. 4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan. 5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi, renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam. 6. Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang goreng sejurus sebelum menghidang.
Catatan: untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dengan menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1 liter / 4 cawan sahaja. |
7 comments:
wah.. sedap tu!
Sedap Mas, memang sedap...walaupun cuma dalam imaginasi, dah boleh bayangkan...Mas cuba la buat ikut resepi ni, kalau jadi jemput kitorang datang makan sup ekor yek.
la ziela, you have just opened my appetitie yg tengah dikambus ini..spoilt my diet la....
Spoilt your diet...ha ha ha..tu belum tempek gambar lagi tu. Kalau ada gambar, sure klu tak terus buat, mesti ajak cik Abang makan sup ekor kat luar mlm ni he he he..
Spoilt your diet...ha ha ha..tu belum tempek gambar lagi tu. Kalau ada gambar, sure klu tak terus buat, mesti ajak cik Abang makan sup ekor kat luar mlm ni he he he..
alamak...kami sekeluarga tak reti nak makan sup ekor...
Oh ya ke Maklang? Abis pakar masakan mcm Maklang ni suka makan sup apa ya he he...
Post a Comment