Monday, December 15, 2008

Hubby's Potato Salad and My Aunt's Daging Dendeng

Some friends asked me for a recipe of Potato Salad after they tried our Potato Salad during our picnic last October. They seem to like it. To tell you all the truth, it's my hubby's spontaneous recipe ikut suka-suka hati. Alhamdulillah if our friends like it. Since it's hubby's recipe, go check for the recipe in hubby's entry here.

In Malaysia during raya, we've never missed going to my Aunt's house in Kuala Sg Baru, Melaka. Apart from being the closest auntie to our family, we go there for her delectable Daging Dendeng. This year, no more Aunt's Dendeng, only the recipe that was sent to me he he. Being away from home, I have no other reason but to cook it myself as hubby and I like it so much. So, here's the recipe, with no modification, exactly like what my Aunt gave:

Daging Dendeng

Bahan-bahan:

Daging

Cili kering - dikisar

Bawang merah (banyak) - dikisar

Bawang putih (sedikit) - dikisar

Halia - dikisar

Kicap masin

Air asam (perah dengan sedikit air rebusan daging)

Gula

*Garam dan serbuk perasa tidak perlu sebab dah guna kicap masin. (I tambah sikit kicap manis semestinya kicap Kipas Udang :-) )

Cara:

  1. Daging dipotong agak besar (ketul). Rebus hingga hamper empuk. Toskan. Setelah sejuk, hiris nipis dan perap dengan kicap selama 3 jam.
  2. Bila dah siap diperap, goreng daging tersebut hingga agak garing dan angkat. Goreng daging saja, lebihan kicap perapan simpan bila masak nanti.
  3. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia kisar tadi hingga garing.
  4. Setelah itu, masukkan daging yang telah digoreng tadi, air asam, gula, kicap lebihan perap dan tambah lagi kicap lain. Masak hingga sebati.

Yang bestnya, resepi my Aunt bagi ni takda sukatan. Biasa la kan orang tua-tua, mak-mak kita yang dah terror masak tu tak main sukatan-sukatan ni. So, I yang not so pandai masak ni main ikut logik sesedap rasa dan ikut sukati-sukati je la.Orang kata bubuh serai sikit supaya lebih sedap, so I did. Memang lagi ummph. Orang kata lagi, daging dendeng nak sedap kena tumbuk-tumbukkan sedikit, the step which I think my Aunt has probably forgotten to include here. And so I did, memang lagi lembut la. Tapi I tak pasti tumbuk selepas direbus dan dihiris ke atau selepas digoreng. So, I pun ikut sesedap rasa tumbuk lepas digoreng.

Bila check resepi Daging Dendeng dalam internet, ada pelbagai versi yang kebanyakannya lebih kurang sama, ada juga yang bahan-bahannya lain sikit. Tapi yang pasti, dagingnya ditumbuk selepas direbus dan dihiris, iaitu sebelum digoreng.

(These are pics of Daging Dendeng from my own kitchen, not from the internet ok).

* This recipe of Daging Dendeng from my Aunt is highly recommended as it is very, very easy and most importanty has been proven to be very, very delicious! (part menumbuk daging dalam lesung tu je yang leceh sikit). Yang pasti, kawan-kawan yang dah merasa masa raya puasa dan raya haji hari tu sukakannya Alhamdulillah dan siap minta resepi. So, apa lagi SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

Anonymous said...

Salam Ziela,

Wow another resepi ultimate seorang wanita ha ha ha. That's the advantage I think for staying abroad as we tend to cook dishes never attempted in our lives before! Nanti bila balik Dubai, pejam mata je boleh masak2 and dah boleh dikira senior dlm bab masak2 ni kan. Nanti tunggu, I dtg umah nak blajar.

huraz said...

Hi ziela... i tak melawat u dah 2 minggu kot... buka2 tengok food je banyak in your past few writings. Ni yg nak marah ni coz baru nak start diet this wk and buka blog, jadi lapar!!!

Anonymous said...

Salam ziela...tq..tq...akan ku cuba ke dua2 nya...memang sedap...nnti kita tepek byk2 resepi lagi ek..kita tukar2...

domestic engineer said...

"...another ultimate recipe seorang wanita..." You like to scare me with that strong word la ha ha ha. I can't agree more with you Wiz. Yup, staying abroad benefits us in a way that we will have to do things never attempted before such as cooking.

Ok nanti datang umah, I ajar masak Daging Dendeng, you ajar buat cutie cupcakes k. :-)

domestic engineer said...

Aiseyy Doll, I'm so sorry for 'wrongly' put all the recipes here. Wrong timing I suppose he he.

Berapa kali jenguk 'umah' you sepi je. Busy with work and the family transfer to Sabah?

domestic engineer said...

Salam Nor, I know you rajin mencuba punya. Tengoklah your fp penuh resepi. Ok dah buat nanti tempek kat fp juga k. Nantikan gambar sup ekor Chef Wan pula yg entah bila la I nak membuat...

drNO said...

best nih...boleh cuba nih...

me and i said...

makan lagi.....hmmm..i can put on extra kilos by just reading this. apa hal??? lama x update??

domestic engineer said...

Salam drNO, best...memang patut dicuba sbb mudah. You pun lama menyepi??

Hai Naza, miss u so much! he he. You pun apa kurangnya, lama gak sunyi sepi which is not the usual you. Nanti I story why aah... :-)