Saturday, September 20, 2008

Kuih Raya Dah Siap Dah...!

Last Wednesday, we received this box from Malaysia through a friend who came back to Malaysia for a biztrip. Upon hearing Uncle A nak hantar ke rumah, Along, Ain dan Apit dah terus berlari buka pintu, Ain siap pegi ke lif nak tunggu kotak dari Uncle tu. As usual, bila kotak dah sampai, bebudak ni lah yang paling excited, tak sabar nak tengok apa kat dalam...

Haa...yang ni mula-mula diorang terkam sebab dah tau Mak Ngah diorang kat Melaka tu nak kirim buku cerita dan majalah untuk Along, Ain, Apit dan Ibu. Ayah punya je takda...sebab Ayah tak main baca majalah bahasa Melayu, Ayah baca MU magazine jer...Terima kasih Mak Ngah!

Another 10 more days to go!!! Kuih raya dah siap dah...semua kuih-muih tradisional lagi. Terima kasih Atuk dan Nenek kat Port Dickson, Atuk dan Wan kat Kota, Rembau dan Mak Long di Lukut, Port Dickson kerana sudi mengirimkan kuih-muih raya tradisional ni untuk anak cucu dan anak saudara di sini.

Atuk dan Nenek kirimkan Along, Ain dan Apit serta Ibu Ayah kuih sepit ni. Kekadang orang panggil kuih gulung atau kuih kapit (especially yang bentuk kon leper tu) or sometimes called 'love letters'. Atuk Nenek tau Along, Ain dan Apit suka kuih ni...very crispy.

Atuk Nenek macam tau-tau je kuih lidah jin ni favourite Along. Terima kasih Atuk Nenek! Kalau pergi rumah Nenek Chik kat Kuala Sg Baru, Melaka tu, Along mesti nak makan kuih ni banyak-banyak. Nenek Chik tak pernah miss buat kuih ni.

Kuih buah rotan aka buah redan ni pun Nenek Chik selalu buat. Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, mak dan Along selalu gak buat kuih ni pakai tepung pulut (err ke tepung beras...?) serta santan dan gula. Masa tu sekolah rendah, I pun seronok tolong menggentel kuih ni. Bukan susah pun, gentel bulat-bulat, gelekkan dengan bijan dan goreng. Rangup dan sedap. Yang keras je tak sedap.

Haa...yang ni pula favourite Ain...kuih baulu. Apit kata kuih 'ballu'...he he he cute jer. Masa call Atuk semalam, Ain kata kat Atuk "Terima kasih Atuk bagi kuih baulu...Ain suka kuih baulu." "Laa..ya ke? Kalau Atuk tau Atuk hantar baulu banyak-banyak lagi."

Yang ni pula kuih gunting. Nenek Chik bebudak ni kat Kuala Sg Baru tu tiap-tiap tahun buat. Nenek Chik tau kitorang semua suka kuih gunting dia...cukup dengan rasa udang kering dan rempah-rempahnya serta rangup dan tak keras. Kekadang I buat muka seposen siap minta tapau lagi! Bukan tak boleh beli kat tempat lain tapi yang Nenek Chik diorang ni buat menepati citarasa.

Kuih gunting ni kalau nak buat pun bukan susah sangat. Tak payah nak terap-terap, main gunting jer. Selain daripada dah banyak kemudahan 'tunjuk-menunjuk' kuih raya kat luar sana sekarang ni, kitorang dah lama tak buat kuih ni sebab ada nostalgia pahitnya yang tersendiri...! Masa kitorang adik-beradik kecil-kecil dulu, Along pernah buat kuih gunting ni. Sedap memang sedap tapi sampai bergaduh-gaduh nak buat kuih gunting. Sebabnya...mula-mula tu semua excited nak tolong menggunting tepung kuih gunting ni tapi bila dah lama duduk menggunting penat. Dah la puasa. So, masing-masing tinggal la. Tinggallah orang yang sama aje duduk menggunting. Mana orang tu tak mengamuk, sakit pinggang duduk menggunting sorang-sorang! Bila orang tu mengungkit, tu yang bergaduh-gaduh tu...ha ha ha!! Sejak kejadian itu rasanya kitorang tak pernah buat kuih gunting lagi. Tak boleh ingat nostalgia masa kecil-kecil ni. Begitulah cerita kuih gunting...

Ni la semua kuih raya tradisional yang Atuk Nenek Along, Ain dan Apit kirim dan biskut kelapa tu Mak Long kirim.

Atuk dan Wan pula kirim gula Melaka ori punya yang balut dengan daun nipah tu siap dengan tepung pulut. Wan tau Along, Ain dan Apit suka makan kuih kelopung @ buah melaka @ ondeh-ondeh. Nanti Ibu buatkan ya. Wan pun kirim tepung cucur Adabi perisa coklat dan strawberi. Ini pun favourite bebudak tiga orang ni...dah lama diorang tak makan. So, berbuka puasa esok tu Ibu gorengkan untuk Along, Ain dan Apit cucur Adabi tu. Terima kasih Wan, Along, Ain dan Apit cakap.

So, everyone out there...we're in raya mood now!!!

8 comments:

Mother of Two said...

yeyeye.. dah ader kuih raya. boleh raya in advanced tak kakak sblm adik balik... adik dtg makan kuih tu dulu... :)

domestic engineer said...

Jemput,jemput...sila,sila...makanlah kuih raya tu. Balik Malaysia nanti, bawa balik lagi banyak ya...he he

me and i said...

WAH......WHOOIII....HOOOOIII....dah kemas rumah dia, ganti perabot baru nampak....macamana kuih org jauh dah sampai tpi org kat sini masih x dpt ni...kena tunggu last day of school pulak tu...

i've tried thrice nak post the comment so kalau keluar tiga2 tu mintak banyak ampuuuuuunnnnnn...

domestic engineer said...

Apa lak terkezut Naza...hi hi hi...Kita nak raya kan, tak kiralah ada kat Mesia ke, di perantauan ke, mood raya tetap ada. So, tukarlah perabot serba sedikit...ala kadar. Sebenarnya nak lawan kesedihan ni....huwaaaa....

Anonymous said...

Ziela, kalau kat Malaysia mesti tak pandang sgt pun kat kueh2 tradisional tu kan, mesti adap London Almond ke and all the cookies. Tapi bila kat tempat orang Kueh itu la yang kita cari and rindu.

I like that feeling.

domestic engineer said...

You are sooooooo right Wiz! Dulu eksen tak pandang, sekarang inilah yang dicari2. But I still miss tart nenas. Nak buat sendiri macam tak rajin sebab tangan ni dah biasa menunjuk...hi hi hi.

Imeirda said...

ooo, patut dak Naza kata si Ziela tukar furniture segala, ni rupanye. Mmmm kuih raya banyak tu... malam ni kluor sket boleh? Eh mak I tak antar kueh raya pun. Mesti dia suruh I buat sendirik. Wiz nak cupcakes? naza nak cekodok jagung. Now rasa nak nangis. huhuhu

domestic engineer said...

Ala malam tadi tak ingat lah nak kluakan. Takpa nanti raya kita pulunlah sama-sama kuih tu ya. Takda hal nyer Jeda. I pun tengah tunggu cupcakes Wiz and cekodok Naza ni...